Pelaburan unit amanah jaminan masa depan individu dan keluarga


SEBAIK mendengar perkataan unit amanah, pasti terbayang habuan ribuan ringgit yang boleh dimanfaatkan. Namun hakikatnya, dana unit amanah lebih daripada itu kerana selain pelaburan jangka pendek dan panjang, ada yang turut menyifatkannya simpanan masa depan.

Mengimbau sejarah dana unit amanah di negara ini, industri unit amanah bertapak di negara ini sejak 1959 lagi apabila pelabur Inggeris di Singapura menubuhkan Malayan Unit Trust Limited dan diikuti pelancaran dana unit amanah pertama di Malaysia, ‘Fisrt Malayan Fund’. Pada 1966, Asia Unit Trust Berhad pula ditubuhkan (Melancarkan Unit Amanah Malaysia sepenuhnya – ‘Malaysian Investment Fund’) diikuti dengan penubuhan Amanah Saham Mara Berhad sebagai syarikat amanah saham pertama yang dimiliki Bumiputera dan ditubuhkan untuk Bumiputera dalam tahun 1967. Pada April 1968, dana unit amanah pertama untuk pelabur Bumiputera yang dikenali sebagai ‘First MARA Bumiputra Investment Fund,’ dilancarkan Amanah Saham Mara Berhad.

Pada tahun 1975, Kuala Lumpur Mutual Fund (sekarang Public Mutual Berhad) telah ditubuhkan.

Kemudian pada 1976, Amanah Saham Pahang Berhad ditubuhkan sebagai syarikat amanah unit negeri yang pertama dan pada 1981, Amanah unit Nasional (ASN) dilancarkan sebagai instrumen pasaran modal bagi meningkatkan taraf hidup dan penyertaan atau pemilikan ekuiti Bumiputera.
ASN dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputera (ASB) membuka lembaran baru di dalam industri unit amanah di Malaysia. Masyarakat mula memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan melabur di dalam unit amanah.

Bermula dari 1983, banyak institusi kewangan melancarkan produk unit amanah mereka dan industri ini terus berkembang dengan pesatnya selaras permintaan semasa orang ramai yang kian menyedari kepentingan pelaburan demi jaminan masa depan.

Apabila Garis Panduan Saham Amanah diperkenalkan dan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 serta penubuhan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) sebagai badan-badan pengawas industri unit amanah pada 1990-an, maka industri unit amanah terus bertapak kukuh di negara ini.
Dengan perkembangan sihat ini, pengetahuan masyarakat dalam pelaburan amanah unit turut juga berkembang dan kaedah pelaburan ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.
Masyarakat pelabur kini sudah semakin bijak menilai jenis pelaburan yang sesuai untuk mereka, lebih-lebih lagi pihak kerajaan amat menggalakkannya supaya lebih banyak dana unit amanah dibentuk. Pada masa sama, lebih banyak pilihan pelaburan ditawarkan kepada masyarakat selain melabur terus ke dalam pasaran saham.

Namun, pelaburan unit amanah ini ada kelebihannya tersendiri jika dibandingkan dengan melabur terus ke dalam pasaran saham. Ia secara tidak langsung berkaitan pelaburan berisiko rendah dan cara yang selamat bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.
Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah? Unit Amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
Ini disebabkan unit amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran unit (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan unit amanah ini tidak berisiko langsung!
Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya (seperti diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan sah dari segi undang-undang. Malah perunding unit amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal individu ataupun syarikat dan dilaburkan pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain.
Unit amanah ini berbeza dengan pelaburan pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal agak besar bagi membeli saham di bursa saham.
Peluang pertumbuhan dalam unit amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis unit amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal (capital gain), pengagihan (dividen) dan juga bonus.

Kelebihan unit amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.