Strategi Pelaburan Unit Amanah : Dollar-Cost Averaging (DCA)


Di dalam pelaburan unit amanah, anda akan selalu mendengar istilah dollar-cost averaging (DCA), atau di Malaysia, ia dipanggil Ringgit-cost averaving (RCA). Sebenarnya, kedua-dua istilah berkenaan merujuk kepada strategi pelaburan yang sama, iaitu pemurataan kos.

Takrifan menurut Wikipedia:

Dollar cost averaging is a timing strategy of investing equal dollar amounts regularly and periodically over specific time periods (such as $100 monthly) in a particular investment or portfolio. By doing so, more shares are purchased when prices are low and fewer shares are purchased when prices are high. The point of this is to lower the total average cost per share of the investment, giving the investor a lower overall cost for the shares purchased over time.
Menurut Investopedia pula, dollar-cost averaging adalah:

The technique of buying a fixed dollar amount of a particular investment on a regular schedule, regardless of the share price. More shares are purchased when prices are low, and fewer shares are bought when prices are high.
Eventually, the average cost per share of the security will become smaller and smaller. Dollar-cost averaging lessens the risk of investing a large amount in a single investment at the wrong time.

For example, you decide to purchase $100 worth of XYZ each month for three months. In January, XYZ is worth $33, so you buy three shares. In February, XYZ is worth $25, so you buy four additional shares this time. Finally, in March, XYZ is worth $20, so you buy five shares. In total, you purchased 12 shares for an average price of approximately $25 each.
Dengan kata lain, anda melabur sejumlah wang yang tetap secara berkala setiap bulan selama beberapa bulan atau tahun.

Mengapa strategi ini berkesan?

Pasaran saham, walaupun ada minggu, atau bulan, atau tahun yang teruk, tapi sejarah menunjukkan bahawa ia akan naik dan terus membentuk trend menaik. Bila kita membeli saham unit amanah dengan amaun yang tetap setiap bulan, kita akan membeli lebih banyak saham semasa harga menurun, dan sedikit saham semasa harga menaik.
Contohnya, dengan RM100 sebulan, anda membeli 500 unit saham semasa ia berharga 0.20sen dan 400 unit saham semasa harga 0.25sen. Jadi, dengan RM200, anda sebenarnya telah membeli 900 unit saham dengan harga 0.22sen seunit. Anda sebenarnya telah mengurangkan risiko membeli saham pada harga tinggi dengan membeli saham pada harga rendah. Dalam kes ini, jika anda membeli saham pada harga 0.25 sen dengan RM200, anda hanya dapat 800 unit saham sahaja, berbanding 900 unit saham dengan cara DCA.
Strategi DCA secara tidak langsung mengurangkan risiko anda melabur secara lump sum dan membuat belian saham pada masa yang salah (contohnya semasa harga tinggi). Dengan strategi DCA, anda tidak perlu risau jika pasaran naik, atau pasaran turun. DCA akan memuratakan risiko anda.

Bagaimana dengan market timing

Anda mungkin bertanya, “Dah tahu saham tinggi, kenapa beli? Kenapa tak beli masa harga rendah?”. Saya ingin melontarkan balik soalan kepada anda, “Anda tahu ke bila harga paling rendah atau paling tinggi?”  Anda mungkin perlu kuasa luar biasa untuk meramal masa depan, dan dengan kuasa itu juga anda boleh tahu bila harga tertinggi, dan bila harga terendah. Masalahnya, anda ada kebolehan meramal harga ke? Kalaulah betul orang boleh meramal harga, sudah pasti ramai tukang tilik yang sudah kaya raya sekarang! Dan kalaulah betul ada orang yang boleh meramal harga saham, sudah pasti ia akan diupah oleh Warren Buffet agar syarikatnya tidak lagi kerugian 20 bilion semasa pasaran dunia jatuh pada tahun 2007-2008!!
Oleh sebab itulah, para profesional dalam pelaburan mencadangkan strategi DCA sebagai strategi pelaburan terbaik, tanpa perlu risau akan turun naik pasaran saham. Tiada siapa yang tahu bila harga tertinggi, dan bila harga terendah. DCA akan memuratakan kos pelaburan anda sepanjang anda menggunakan strategi ini.

Kesimpulan

Sekiranya ada orang yang memberitahu anda bahawa harga saham telah jatuh ke tahap yang paling rendah, anda telah pasti bahawa orang tersebut tidak ada kelebihannya dalam meramal pasaran. Tiada siapa yang boleh. Tetapi dengan strategi dollar-cost averaging, anda telah menjadi pelabur yang lebih bijak serta berfikir panjang sebelum menerima bulat-bulat apa yang orang lain kata.